PruBSN Link Series

linseries2

Plan PruBSN Link Series merupakan plan yang sama dengan Takafulink yang lama. Cuma perbezaannya adalah, plan ini telah memenuhi piawaian terkiini yang telah ditetapkan oleh Bank Negara iaitu “Takaful Operational Framework” atau TOF. Plan ini lebih mngkhusus kepada setiap peringkat kehidupan yang mana kita sendiri tahu, setiap peringkat tersebut mempunyai keperluan perlindungan dan perancangan kewangan yang berbeza.

Plan PruBSN Link Series ini lebih menekankan kepada keperluan perlindungan atau perancangan kewangan pada setiap tahap kehidupan. Iaitu bermula dari sejak lahir, alam persekolahan, alam universiti, permulaan career, mula berkeluarga, keluarga berkembang, di puncak career dan akhir sekali selepas bersara.

Oleh itu, terdapat 3 pecahan atau komponen di dalam plan PruBSN Link Series yang kita boleh sesuaikan bagi memenuhi setiap peringkat kehidupan yang saya nyatakan di atas iaitu :

  1. PruBSN FirstLink
  2. PruBSN TakafuLink
  3. PruBSN SmartLink

Dan setiap pecahan komponen ini disesuaikan untuk memenuhi semua peringkat kehidupan iaitu :

  • Belia (Orang yang baru mulakan career)
  • Baru Keluarga (Orang yang baru mendirikan rumahtangga)
  • Keluarga yang Berkembang (Orang yang sudah mempunyai anak dan umur pun sudah meningkat)
  • Pesara (Orang yang sudah bersara)

497 total views, 1 views today

Google+