Personal Takaful

Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

  • Tahap kehidupan yang berubah-ubah.

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan.

  • Berdasarkan Syariah

Mempunyai Majlis Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

  • Komprehensif

Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

  • Fleksible

Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

  • Pulangan pelaburan yang tinggi

Menyediakan 3 dana untuk memberi pilihan kepada anda
Dana Ekuiti
Dana Urus
Dana Aman
Dana Ekuiti Dinasti (Dana Shariah dari negara China)

1,179 total views, 1 views today

Google+